Langkau ke kandungan utama

MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 10


MELAYU SATUN SELEPAS 1909 SIRI 10
Makan,Makanan dan Permakanan
Status Halal Thailand boleh di pertikaikan . Sebagai contoh produk makanan segera jenama CP yang dijual di “ Seven Eleven “ . Sosej atau “lokcin” bahasa orang Satun, sebagai contoh sosej ayam ada logo halal dan perisa babi tiada logo halal. Produk ini datang dari syarikat yang sama. Besar kemungkinan datang dari kilang yang sama.
Bila pelannggan membeli sosej, sosej akan dibuka plastik bungkusan dan di masuk dalam ketuhar . Memang ada dua ketuhar di Seven Eleven. Pisau cuma satu dan papan pemotong juga satu. Sosej babi atau sosej ayam dipotong atas papan pemotong yang sama dan menggunakan pisau yang sama.
Sosej babi dan ayam di tempatkan dalam peti sejuk yang sama. Letaknya bersebelahan antara satu dengan yang lain.Jika pekerja Islam mungkin dia memasukkan dalam ketuhar yang atas untuk sosej ayam. Tapi adakah pekerja bukan Islam faham atau boleh mengikut peraturan bila suasana kedai yang sibuk ? Inilah persoalannya.
Kedai makan milik orang Buddha, walaupun tiada logo halal tetapi diistihar sebagai Kedai Makan Halal. Mereka menjual semua jenis makan kecuali daging babi. Minuman keras ( arak) dijual bersama.Tukang masak adalah orang Buddha. Binatang anjing berkeliaran keluar masuk kedai. ( pengalaman penulis bersama sama rakan rakan Melayu Satun ). Bagi pendapat penulis ,adalah diragui status halalnya.

Tesco Lotus dan Makro
Di Pasaraya besar ini, di pamerkan logo halal dan sijil halal disetiap produk dan gendola menyimpan produk. Walaubagaimana pun, Daging Halal dan Ayam Halal bersebelahan dengan produk babi. Sebagai contoh, selepas pelanggan membeli daging babi, dia ke gendola produk ayam. Selepas tangannya menyentuh daging babi tanpa basuh dia akan menyentuh daging atau ayam. Laluan ke stor penyimpan produk produk ini melalui pintu yang sama. Besar kemungkinan peti sejuk penyimpan produk produk ini di kongsi bersama,wallahu aklam.
Kebanyakan masyarakat makan ikut selesa tanpa menhirau sangat status Halalnya. Bagi mereka produk itu dari satu bangsa yang sama,iaitu bangsa Thai. Bagi mereka yang mengambil berat tentang status Halal, banyak produk dibeli dari Malaysia dan mereka banyak menggunakan produk Malaysia.
Walaupun kini ada kesedaran tentang status halal makanan, tetapi langkah langkah menitik berat tentang status halal sangan longgar dan penguatkuasaan boleh dikatakan tiada langsung. Oleh kerana terlalu banyak TERMAKAN produk haram, besar kemungkinan jiwa mereka telah berubah menjadi lebih “keras” . Inilah nasib bangsa Melayu yang telah dijajah dan pengajaran ini perlu diambil iktibar oleh penduduk dan masyarakat Melayu Malaysia.


Kesimpulan
Masyarakat Satun rata rata menerima diri mereka sebagai Thai Muslim bukan lagi orang Melayu. Kesan Dasar Thesapiban dan bantuan Wan Baharuddin berjaya mengubah minda Melayu Setul menerima adat dan budaya Thai Buddha tanpa mereka mengakui dan sedari . Dalam masa 10 tahun bahasa Melayu akan terus hilang di bumi Melayu Setul. (pendapat penulis dari pengalaman menjadi guru di Satun)
Melayu Satun Selepas 1909 sepatutnya menjadi iktibar dan pengajaran bagi masyarakat Melayu Malaysia. Walaupun kerajaan tidak Islam 100% tetapi kehidupan seharian untuk beribadat dan menjalani kehidupan seharian yang diberkati terbuka luas tanpa halangan. Cuma sikap masyarakat yang memilih untuk memiliki yang haram.
Berbeza dengan Masyarakat Melayu Satun, mereka tiada pilihan. Seratus enam tahun dijajah dan dipaksa mengikut adat dan budaya Thai Buddha, lama kelamaan jiwa telah sebati dan menjadi keras. Islam sekadar pada pakaian tetapi dalaman berROHkan MAJUSI.Wallahu Aklam.
Bahasa Melayu di Satun perlu sokongan moral dari pihak yang berkemampuan dan berkebolehan dari Malaysia. Jika aktivis Bahasa Melayu sayangkan Bahasa Melayu dan Bangsa Melayu di Satun, sesuatu perlu dilakukan dengan segera bagi memastikan Bahasa Melayu terus bertapak di hati Melayu Satun.
Wassalam
Katakunci : Melayu Satun,PerjanjianBangkok 1909,Dasar Thesapiban,Thailand
Rujukan Bacaan : 
1.      Mohd Hazmi Mohd Rusli (Ph.D) adalah pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia dan seorang felo pasca kedoktoran kehormat di University of Wollongong, Australia.
2.      Hara Sitaro : Rencana ini dipetik daripada Dewan Bahasa September 2011
3.      Wiki Melayu
4.      Astro News
6.      Jurnal Melayu (9)2012: 99-112 Ahmad Fathy al-Fatani
7.      Kajian Sosial Ekonomi Narathiwat
Rujukan Lisan :
1.      Haji Ismail Pongsu Seribu ( berbual di perkarangan Masjid Mambang )
2.      Azmi Baharom Negeri Sembilan ( berbual di Pak Bara Satun dan beliau bernikah dengan warga Thailand )
3.      Shakir Taha ( berpengalaman bersama Aman Pattani )
4.      Haji Ghazali ( Iman Surau Kg Guar Ban Khuan )
5.      Wan Alee ( Pengetua Tadika Misbahuddin )
6.      Penduduk Kampung Guar Ban Khuan Satun

Pengalaman penulis bermastautin di Satun menjelang 2 tahun. Bertindak sebagai aktivis Bahasa Melayu . Mengajar Bahasa Melayu di dua buah sekolah di Satun. 

Ulasan

Yus Nordin berkata…
Saya baca blog awak ni..saya tersentuh dgn kesusahan org melayu kat sana..agak t'kejut bila mereka hanya jadikan malaysia platform utk dpat duit..mereka xleh ditegur, xleh disuruh, xleh diajar..abistu kita nak wat camna? mereka yg xnak berubah..Allah xkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yg ubah sendiri..mereka wake-up dr sekarang..
Yus Nordin berkata…
Di Thailand, wilayah mana yg pling ramai syiah? camna syiah bleh merebak? syiah ni bkn islam..tambah syiah rafidi..jauh keluar dr islam..nampak kan syria & iraq jd camna? bg syiah..darah ahli sunnah halal..
Cikgu Joe Satun berkata…
Satun bakal dijadikan pengkalan syiah terbesar di Asia Tenggara.

Kita sebagai aktivi mampu berusaha.
Kejayaan milik Allah
Tanpa Nama berkata…
Tahniah kepada penulis. Bukan mudah untuk mengekalkan jatidiri bangsa dlm sebuah negara asing. Semoga perjuangan dirahmati oleh Allah saw. Boleh saya dapatkan cara untuk menghubungi Saudara Azmi Baharom dari Negeri Sembilan tersebut. Sekian, terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su