Melawat Satun Banner

PERLANCONGAN SALJI DI MALAYSIA #vmy2014

SALJI DI KLCC    

Salam #TMM2014

Terkini ramai yang membicarakan kisah salji di utara Indonesia. Ada yang meramalkan bahawa salji akan turun di Malaysia berikutan suhu di pantai timur Malaysia serendah 17 darjah celsius .

Bayangkan kalau salji turun di Malaysia. #TMM2014 semua jadual dan aturcara kena berubah. LTDL 2014 mungkin digantikan dengan perlumbaan ski ?
Liga Malaysia, boleh dijalankan di waktu siang. Jimat sikit bil letrik. Tapi takkan APEK jaga gol nak pakai seluar pendek ?

Bagaimana pula dengan kenderaan. Rata rata kenderaan di Malaysia semua guna penghawa dingin. Kalau sejuk jawabnya semua dok tidoq lena kat rumah kan.

#rtam tak boleh buat program Railway Tourism kerana ETC tak ada pemanas dan homestay sedang dibaiki bumbung,maklumlah kebanyakkan bumbung zink....sejuk nak mampus....gurauan....

Anda Baca,anda cuba komen dan bayangkan keadaannya....salam

Ini semua hanya Gurauan......Kuasa Allah siapa yang tahu.
PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "PERLANCONGAN SALJI DI MALAYSIA #vmy2014"