Langkau ke kandungan utama

BLOGGER HASRUL HASSAN

http://www.hasrulhassan.com/                        

Salam Blogger - Blogger

Jarang sekali saya menulis tentang blog orang lain , atau komen di blog orang lain. TETAPI saya rajin baca blog orang lain. Mungkin juga hobi saya membaca. Setiap hari saya akan download artikel PDF atau e-book
yang ditulis oleh mereka yang membuat assignment untuk tesis universiti.
(maaf kalau saya jarang komen blog rakan rakan, kalau nak saya komen,tulis artikel yang anda rasa berkualiti dan mention nama saya,InsyaAllah saya akan komen yang terbaik jujur dan ikhlas)

Saya suka baca artikel yang berkualiti dan memberi impak dalam perniagaan yang saya ceburi.Dalam internet terdapat banyak artikel yang berkualiti dan boleh menajamkan minda kita. Pada saya 'KUALITI" bukan artikel yang panjang berjela - jela .Kualiti adalah artikel yang ditulis berlandaskan ilmu. Ilmu orang awam macam kita ni, adalah dari sumber rujukan. Cuma orginalitinya adalah macam mana kita garapkan ilmu itu dalam gaya bahasa penulisan kita.

Berbeza Copy and Paste dan artikel yang kita garapkan dari sumber ilmu. Copy and Paste ,kita tiru dan muatkan artikel orang dan claim artikel kita. JAHAT NYA KITA.
Rujukan, kita baca banyak artikel dan kita tulis berlandaskan ilmu dari sumber dan idea kita mengikut lenggok bahasa kita.

Ulamak pun menulis dan mengeluarkan fatwa berlandaskan Al Quran dan Hadis . So siapalah kita yang menulis tanpa rujukan. Boleh saya katakan setiap ilmu didunia ini adalah dari sumber rujukan. Rekacipta dan kedoktoran juga adalah dari sumber rujukan kitab kitab yang diturunkan oleh Allah.

CUMA jangan menceduk 100% idea orang. Kalau nak menceduk pun, bagi mereka kredit. Apa salahnya kita mengaku bodoh dari MENIPU PANDAI.

1.Kata pujangga Arab: " Orang yang berjiwa besar bercakap tentang pelbagai idea; orang yang biasa-biasa mengulas-ulas pelbagai peristiwa; orang yang berjiwa kecil memperkatakan hal orang; orang yang berotak kecil, bercakap tentang diri mereka sendiri"
Buku Teknik Berfikir-Konsep & Proses

2.There are three type people in the world
 One : people who make it happening
Two : people who create it happen
Three : people who "know nothing"
Gila-Gila 1990-an

So dari dua kata kata hikmat diatas, cuba kita berfikir dengan ilmu .
Pertama kata pujangga dari Pepatah Arab
Kedua perpatah dari komik gila gila

Perpatah yang pertama dari sumber yang serius dan yang kedua dari sumber yang kelakar.Tetapi ILMUNYA sama berkualiti.

Jadi hari ini, saya bagi kredit pada Blogger Hasrul Hassan dalam memberi garis panduan kepada blogger blogger muda untuk menjadi blogger yang baik. Salam hormat dan mendoakan agar saudara Hasrul Hassan
dan rakan rakan blogger agar mendapat rahmat Allah dan di murahkan rezeki sepanjang hayat. Amin.


p/s untuk sesiapa yang nak saya review blog mereka, sila email ke karlisahalim@gmail.com
      tetapi jangan marah sebab blog saya tidak popular dan mempunyai rank yang baik.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su