Melawat Satun Banner

Panduan Melancong : Cegah Nyamuk,Pijat,Lipas



Bila melancong, kekadang kita menghadapi masalah dengan serangga kecil seperti Nyamuk,Pijat,Lipas dan serangga berbisa atau Tikus. Ada krim dijual di pasaran.Anda bole membelinya.Atau anda guna Aerosol Spary pembunuh serangga .Akan tetapi spray ini berasaskan racun.

Petua orang tua tua dulu boleh juga di guna kan.Caranya :-

1. Daun Durian Belanda - 10 helai
2. Serai wangi atau serai biasa - 10 pokok
3. Daun Pandan - 10 helai
4. Daun Limau purut - 10 helai
5. 1.5 liter air

CUCI DAUN DAUN SEHINGGA BETUL BETUL BERSIH

Cara membuatnya
1.Kesemua bahan di hiris- hiris ( boleh di kisar)
2.Rebus bahan bahan sehingga didih

Setelah masah biarkan sejuk dan tapis air rebusan dengan kain .
Masukkan kedalam botol yang boleh di spray

Cara menggunakannya :-
1.Anda boleh spray di kaki atau tangan yang terdedah untuk mencegah nyamuk dan pijat atau serangan-serangan yang sejenisnya.
2.Spay di sekitar tempat yang kemungkinan serangga itu berada.
3.Spay disekeliling khemah atau tempat tidur.

Selamat Mencuba.InsyaAllah dapat menghidari serangan dengan kos yang sangat minima.

PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Panduan Melancong : Cegah Nyamuk,Pijat,Lipas"

WhatsApp Karlisa Travel