SEARCH

Jumaat, 12 Julai 2013

Bulan Ramadhan dan Cabaran Berpuasa Di Thailand

Ramadhan di Thailand


Salam Ramadhan,
Umat Islam di seluruh dunia berpuasa pada bulan Ramadhan bersamaan 10-7-13. Sama juga di Thailand terutama di wilayah-wilayah Thailand. Akan tetapi cabaran berpuasa di Thailand lebih hebat.Kedai makan di buka seperti biasa.Oleh kerana Thailand bukan negara Islam seperti Malaysia, makan di khalayak ramai tidak menjadi kesalahan undang undang.

Ramai juga di kalangan umat Islam yang tidak berpuasa makan seperti biasa di restoran atau kedai makan.Bukan rakyat Thailand sahaja,tetapi ramai rakyat Islam Malaysia yang berada di sempadan mengambil kesempatan datang menjamu selera di Thailand pada waktu makan tengahari.Mereka terdiri dari penduduk berdekatan dan pekerja yang bertugas di sempadan Thailand Malaysia.

Yang paling "lucu" ada di kalangan perlancong " ayam" dari Malaysia datang untuk melepaskan nafsu buas bersama "ayam" siam tetapi bila waktu makan,mereka memilih untuk makan di kedai Islam.Confius,keliru dan tertanya tanya....yang mana halal dan yang mana haram.

Pada waktu malam pula, sudahlah di karaoke atau disko menjamah "ayam siam" dan meminum air setan.TETAPI bila waktu makan, kedai makanan Islam yang menjadi pilihan.Arak setitik 44 hari ibadat tak diterima,mereka minum tetapi makanan tidak halal,sekadar kekuatiran tercampur babi atau disediakan oleh orang bukan Islam sahaja. so anda fikirlah sendiri ...?

Apapun mereka ini banyak menyumbangkan kepada ekonomi Thailand, terima kasih.
Di Thailand banyak lagi perkara yang baik baik boleh dilakukan.Banyak tempat tempat yang menarik boleh dilawati.Anda juga boleh membeli belah di sini dengan harga yang murah.
Segalanya di tangan anda. Anda berhak memilih apa yang anda hajati,kami sedia membantu.TETAPI bila meminta pandapat,kami bagi yang terbaik.

4 comments:

Unknown berkata...

Hmmm.sedih...bkn sedih dgn budaya Thailand..ia sememang negara bkn Islam spt yg admin katakan..tetapi sedih dgn perangai orang2 Islam sndiri...

Cikgu Joe Satun berkata...

Kita hanya mampu berdoa....salam Ramadhan Al Mubarak

Unknown berkata...

bila nafsu mengatasi iman..sedih bila baca

Cikgu Joe Satun berkata...

Salam kak,
terima kasih dengan komen,kalau akak sedih,kami lagi sedih memandang setiap Ramadhan