Money Changer Di Pak Bara Langu Satun
Money Changer Di Pak Bara Langu Satun + Cara Bayar Tanpa Tunai (Panduan Lengkap 2026). Ramai pelancong Malaysia yang datang ke Pak Bara, Langu Satun sering bertanya: “Di mana nak tukar duit di sini?” Jawapannya — memang ada, tetapi tidak banyak seperti di bandar besar.
Di Pak Bara, kebiasaannya perkhidmatan tukar wang disediakan oleh kedai emas tempatan.
Maklumat penting:
- 🕘 Waktu operasi: 9.00 pagi – 6.00 petang (Waktu Thailand)
- 📅 Hari operasi: Isnin – Sabtu
- ❌ Tutup: Ahad
👉 Cikgu Joe dah sediakan lokasi untuk rujukan anda:
Google Maps: https://maps.app.goo.gl/sJ9MHzh7EUUXx3zT7
Jika ANDA datang dari Malaysia, boleh juga baca panduan:
➡️ https://www.satunsiam.com/2026/04/cara-masuk-thailand-melalui-wang-kelian.html
Alternatif Lebih Mudah: Bayar Guna QR PromptPay (Tak Perlu Tukar Duit!)
Sekarang ini, cara paling mudah di Thailand adalah guna QR PromptPay — dan berita baiknya, ia boleh link dengan DuitNow Malaysia.
Maksudnya:
👉 Tak perlu bawa cash banyak
👉 Tak perlu tukar duit pun boleh shopping & makan
📱 Aplikasi Malaysia Yang Boleh Digunakan
- Touch ‘n Go eWallet
- BigPay
- MAE (Maybank)
- CIMB OCTO
- Public Bank
- RHB Bank
- Hong Leong Bank
📲 Cara Guna (Sangat Mudah)
- Buka app (contoh: TNG / MAE)
- Tekan Scan
- Imbas QR PromptPay
- Masukkan jumlah dalam Baht (THB)
- Tengok kadar tukaran → Confirm

Post a Comment for "Money Changer Di Pak Bara Langu Satun"