Langkau ke kandungan utama

PERATURAN DAN BUDAYA MEMANDU DI THAILAND

Peraturan dan Budaya Memandu orang Thai ada sedikit perbezaan dengan peraturan memandu dan budaya memandu di MALAYSIA.

Disini saya ingin berkongsi sedikit info yang ringkas. Dah banyak info yang saya telah tulis. Harap anda boleh share dan kongsi dengan rakan-rakan, terutama di KEMBARAKU (klik ) , BBM, MBC dan lain lain group facebook yang berkaitan. Semoga Allah swt memberi ganjaran pahala ilmu kepada anda. aamiin.

BUDAYA
Ramai kalangan rakyat Malaysia yang melancong di Thai tidak faham budaya dan peraturan di Thai. Ramai yang mempertikaikannya kerana tidak puas hati. Sebagai pelancong anda sekadar dibenarkan melancong bukan mengajar orang Thai buat itu dan ini ikut hati dan perasaan anda. Anda mengundi di Thai pun tak layak, apa lagi nak cakap lebih. Oleh itu fahami budaya dan peraturan di Thai. Belajar sesuatu agar anda lebih dewasa dan matang. Islam menyarankan kita melancong untuk belajar, BUKAN membebel.
Atau Baca detailnya disini KLIK


- Di Thailand biasanya orang Thai memandu pick-up sebagai kenderaan penumpang dan pengangkutan.
- Bila mereka mengambil pusingan U atau U-turn mengambil jalan paling kiri ( rujuk gambar ). Ini berbeza dengan di Malaysia.

- Memotong, biasanya undang-undang antarabangsa, memotong di sebelah lorong paling kanan. Namun di Thailand, jika anda memandu perlahan di lorong kanan, mereka akan memberi lampu isyarat (signal ) dan mereka akan memotong disebelah kiri. Mereka amat jarang memberi amaran lampu ( high beam / flash light ).

- Pakir kenderaan di Thailand mengikut kesesuaian. Jika ada pekan hari atau NAT, kebanyakkan kenderaan akan pakir di bahu jalan. Kekadang sehingga dua barisan. Anda perlu memperlahankan kenderaan.

- Menunggang motor melawan arus adalah perkara biasa, dan anda perlu berhati-hati.Anda harus faham bahawa mereka akan menunggang dilorong paling kanan KECUALI ada kenderaan yang pakir di bahu jalan, mungkin mereka akan "makan jalan" melepasi laluan kita.


- Motor Tiga Roda adalah kenderaan ubahsuai yang banyak terlihat di Thai. Berhati-hati ketika mengekori kenderaan tersebut. Ini kerana agak sukar bagi pemandu roda tiga mengawal kenderaannya jika ada muatan penumpang atau barang.

- Biasanya motosikal akan terus membelok tanpa berhenti dipersimpangan jalan kampung yang berhubung dengan jalan utama. Anda perlu berwaspada. Rujuk gambar dibawah. Anda juga dinasihati mengikut peraturan papan tanda. Adakala jika anda menunggang motosikal, anda diarahkan menunggang dilorong paling kiri jalan. Ikuti arahan papan tanda.


PERATURAN

- Topi keledar dan tali pinggang keledar adalah diwajibkan. Jangan ikut budaya orang Thai yang jarang memakai. Ini kerana mereka tahu cara untuk mengatasi jika ada sekatan Polis.
Bagi penumpang belakang tali pinggang adalah diwajibkan. Namun ramai kalangan orang Malaysia mempertikaikan orang Thai menumpang pick-up dibelakang tanpa tempat duduk dan tali pinggang keledar. ( hangpa mengudi di Thai pun tak layak, apa hak hangpa nak pertikai negara orang. Oleh itu sebagai pelancong, anda melancong saja, jangan dok membawang lebih )

- Had laju bagi kereta dan motosikal adalah 90 KMJ saja. Maka memandu dan menungganglah mengikut peraturan. Jika kemalangan, kesalahan memandu laju akan diambil kira sebagai kesalahan utama. Jika Van, MPV, Pick-up, lori dan lain lain sila rujuk gambar dibawah.

Oleh itu anda jangan membawa budaya had laju 110kmj jika di Thailand. Ini kerana pemandu malaysia TERUJA dengan rupa jalan di Thai yang cantik dan licin, mereka biasanya memandu laju. Biasanya saya mendapati pemandu dan penunggang motosikal membawa kenderaan laju. Oleh itu tukar budaya, JIKA kemalangan kesalahan memandu laju menurut laporan polis menyebabkan kesalahan anda jadi besar.

- Perlahankan kenderaan anda bila melalui kawasan pekan,bandar, kampung atau sekolah.

- Jika anda di lampu isyarat ( Traffic Light ) biasanya kotak paling hadapan untuk penunggang motosikal. Anda juga perlu beri laluan pada lorong paling kiri, kerana biasanya untuk kenderaan membelok kiri.

- Membawa lebihan penumpang juga satu kesalahan. Jika kemalangan proses untuk membuat tuntutan insuran. Tuntutan insuran mengikut berapa penumpang yang tercatat dalam polisi insuran.

- Membawa van persendirian atau kenderaan persendirian yang melebihi sembilan ( 9 ) penumpang, rujuk disini.

- JANGAN cuba lari jika anda terlibat dengan kemalangan. Jika tertangkap anda akan dipenjara minimun setahun madatori.

- Sila dapatkan resit jika disaman. Jika tidak anda boleh melaporkan kesalahan berkenaan di Balai Polis berhampiran.

- Lesen memandu dari Malaysia SAH diguna di Thailand. Sila rujuk maklumat berikut KLIK

- Ekzos bising dan tiada cermin sisi walaupun sebelah adalah satu kesalahan. Nombor plate dibawah kusyen motor atau mugguard motor juga satu kesalahan. Tiada keperluan nombor plate bahasa Thai untuk memasuki Thailand. Ini kerana huruf dan nombor Inggeris diguna pakai diseluruh dunia. ( kecuali anda nak tunjuk kat orang kampung bahawa anda kaki masuk siam ).

PERSEDIAN UNTUK MELAWAT THAILAND

BERKENDERAAN
- Seperti biasa anda perlu ada Passport. Jika anda layak menggunakan border pass sila rujuk disini peraturannya.KLIK

- Geran asal kenderaan. Jika copy, anda mestilah sahkan geran anda dari pihak berkuasa di Malaysia. Sebaiknya GERAN ORI.

- Surat kebenaran dari pemilik kenderaan asal dalam Bahasa Inggeris diperlukan jika kenderaan itu milik orang lain atau syarikat.( rujuk )

- INSURAN adalah perkara wajib untuk menjamin anda dilindungi jika berlaku kemalangan.
Insuran Wajib atau Por Ror Bor atau Compulsory adalah insuran yang melindungi anda dan penumpang bagi menampung kos rawatan hospital. Jika dalam ada kematian dalam kemalangan tersebut, penumpang dilindungi dengan insuran berkenaan dengan amount atau pampasan yang lebih tinggi dari pemandu. Sila rujuk agen insuran anda.
Jika anda BUKAN dipihak yang salah, insuran ini boleh dituntut dengan amoun yang lebih tinggi.
Namun jika anda dipihak yang salah, insuran ini juga boleh membiayai mangsa yang terlibat dalam jumlah yang ditetapkan.
INSURAN ini tidak membiayai tuntutan kerosakan kenderaan.
Sila rujuk agen insuran anda ketika membeli. Pastikan agen insuran anda arif dengan prosedur tuntutan dan peraturan polisi insuran. Dapat nombor rujukkan service center untuk simpanan kecemasan anda. ( ini bukan insuran 3rd party seperti di Malaysia )

- PRAKAN ( insuran dalam bahasa thai ) Insuran Voluntary atau ( sukarela). Biasanya orang Thai menyebut Prakan bagi insuran yang melindungi kenderaan pihak ketiga. Ini bukan insuran FIRST PARTY seperti di Malaysia. Insuran ini sekadar membayar gantirugi kenderaan yang anda langgar dan anda didapati bersalah.
Inisuran ini juga sekadar membayar sedikit bayaran kecil untuk membaiki kenderaan anda dan bayaran bayaran lain seperti wang jaminan jika mangsa yang terlibat meninggal dunia. Wang Jaminan dan bukannya pampasan untuk mangsa.
Wang pampasan untuk mangsa, sila dapatkan maklumat ketika anda membeli polisi insuran ini.
Sila rujuk agen insuran anda ketika membeli. Pastikan agen insuran anda arif dengan prosedur tuntutan dan peraturan polisi insuran. Dapat nombor rujukkan service center untuk simpanan kecemasan anda.

- Insuran Extra Thai, anda boleh rujuk insuran kenderaan anda. Agen insuran anda di Malaysia boleh memberi nasihat.

- Travel Insuran
Untuk pelancong yang berkenderaan awam dan berkenderaan sendiri, anda digalakkan untuk mengambil Travel Insurance di Malaysia. Ini kerana jika terlibat kemalangan di Thailand, kos hospital amat tinggi. Insuran ini dapat menangung bebanan kewangan anda.

- Custom Declaration Form atau borang pengistiharan kastam jika anda membawa kenderaan sendiri. Selepas urusan passport anda ke Pejabat Kastam dengan membawa passport, geran kenderaan dan surat kebenaran dari pemilik jika bukan kenderaan anda.


Anda sekadar serahkan dokumen berikut dan tunggu sehingga urusan selesai. PASTIKAN tarikh tamat tempuh, nama dan nombor plat kenderaan betul. JANGAN lupa serah kembali bila keluar dari Thai di Pejabat Kastam Thailand. Anda biasanya diberi tempuh 30hari untuk membawa kenderaan di Thai. Jika terlupa datang serah kembali bersama kenderaan sebelum tamat tempuh. Jika tidak anda akan didenda THB10,000 jika tamat tempuh.

- Borang TM2 TM3 dan TM6
TM2 untuk diisi maklumat pemandu dan kenderaan
TM3 untuk maklumat penumpang
TM6 atau white card diisi dan diserahkan bersama passport dan jangan hilangkan.
Semua ini diserahkan kepada pihak IMIGRESEN THAI.

Perbezaan antara Kastam dan Imigresen.
Kastam bertugas mengawal pengistiharan kenderaan dan mengawal barang-barang larangan yang dibawa.
Imigresen mengawal Passport dan Border Pass.

AWAS jangan mencagarkan PASSPORT anda sebagai cagaran bayaran hotel. Inikan menimbulkan kesulitan jika anda tertangkap. Sila bayar wang cagaran atau berpindah hotel yang menerima wang cagaran. Namun pihak hotel, mengambil semua passport tetamu untuk di fokokopi sebagai rujukkan.

Pastikan anda mengambil gambar untuk simpanan kecemasan
- semua passport
- semua dokumen
- semua polisi insuran
Emelkan gambar atau send ke Whatsapp orang yang anda percayai.
Jangan lupa buat salinan fotostat setiap passport dan semua dokumen. Mudah jika berlaku kecemasan.

Jangan lupa membeli simkad thai untuk internet dan hubungan kecemasan.


Prosedur untuk Claim atau membuat tuntutan Insuran.

- Call 1155 nombor tourism Police Thai. Tailian ini percuma
- Hubungi Tourist Assitance Center ( Rujuk Klik )
Jabatan diatas boleh berbahasa Inggeris
- Atau nombor orang yang anda kenali di Thailand
Contoh Cikgu Joe Satun atau Karlisa Travel

- mohon bantuan Tourism Police untuk membuat laporan Polis dan menghubungi pihak insuran.
- serahkan salinan report police,salinan polisi insuran dan salinan passport ke Kaunter Hospital dan tunggu mereka hubungi pihak insuran.

- Namun jika anda bersedia, anda boleh hubungi nombor Agen Insuran anda.
- Jangan panik dan anda harus bertenang mengawal emosi.

- Jika kemalangan yang menyebabkan kematian rakyat Thai, anda perlu menyediakan wang jaminan dan penjamin warga Thai. Ada polisi insuran yang menyediakan wang jaminan.
Jika dijamin oleh warga Thai akan harus jujur dan taat untuk tidak meninggalkan Thailand sehingga kes selesai atau 48hari atau lebih.
Sila rujuk agen insuran anda untuk maklumat lanjut.

Nasihat Nasihat Berguna
- Sewa Motosikal Di Thailand. Pastikan penyewa motosikal memiliki insuran por ror bor dan prakan ( voluntary ) jika tiada, jangan mengambil risiko. Dah banyak kali terjadi. Kisah Pakcik Wahab masih lagi menjadi igauan.

- Waikie Taikie menjadi kesalahan besar.
- Vape juga satu kesalahan
- dron juga satu kesalahan
- merokok ditepi pantai dan tempat peranginan juga menjadi satu kesalahan.
- memakai pakaian putih bagi perempuan di pesta SONGKRAN juga satu kesalahan.
- perkara, perbuatan, percakapan menyetuh Raja-raja dan keluarga diraja adalah kesalahan besar.
- menampal sticker di papan tanda di thai adalah kesalahan.

Panduan Untuk Melawat Pusat Pelancongan yang Berisiko serperti
- air terjun
- kolam mandi semujadi
- aktiviti snorkeling dan island hopping
- memancing
- mendaki bukit dan gunung
- berkayak laut atau darat
Sila pastikan anda mengambil pakej daripada agen yang sah. Biasanya agen akan meminta salinan passport untuk mendaftar anda ke pihak berkuasa thai.
- insuran juga dalam pakej
- job order atau permit melancong
- tour guide berlesen akan mengiringi anda
Jika tiada, maka agak sukar ataupun mustahil untuk anda membuat tuntutan insuran.
Pihak Berkuasa Thailand telah menetapkan peraturan bagi melindungi pelancong dari sebarang kemungkinan. Mereka juga bertindak mengawal selia industri pelancongan Thai.

NAMUN jika anda ingin berjimat dan skip atau melangkau peraturan RISIKO adalah tanggungan anda sendiri.

Fungsi Tour Guide Thailand
- memantau aktiviti pelancong
- memandu arah pelancong
- memastikan semua peraturan diikuti
- membantu anda melancong dengan selamat
-memastikan pusat pelanconga Thai sentiasa terjaga dan dikawal selia agar mengekalkan keindahannya.

Oleh itu ikutilah peraturan dan adat budaya negara yang anda lawati. InsyaAllah aktiviti pelancongan anda rasa selesa.

Penafian : Jika ada sebarang kekeliruan info, sila rujuk kepada pihak berkuasa Thai. Sebarang kemaskini peraturan mungkin berlaku. Penulis menulis sekadar pengalaman berada di Pak Bara Satun Selama 7 tahun dan sering membantu rakyat Malaysia di Selatan Thai secara sukarela.

Penulis adalah seorang guru sukarela di Satun Thailand. Anda boleh menghubungi penulis di :-
Whatsapp : https://wa.me/66830948948
1. Page: CIKGU JOE SATUN
2. Page: Karlisa Travel
3. Page: Cjs Satun 406
Anda boleh menghantar mesej dan menerima auto reply nombor whatsapp

4. Group : Kembaraku sangat membantu dan memberi banyak info

Rangkaian Pit Stop yang menjalinkan persahabatan dengan CJS SATUN 406 di Thailand

Jika hangpa nak beli Insuran Covid, isi Thai Pass atau membeli Insuran kenderaan boleh hibungi FAIRUZ WHATSAPP :
 +60 19-666 4087 atau Klik di https://wa.me/60196664087

Mereka ini anda boleh hubungi jika menghadapi masalah dikawasan sekitar dalam bahasa melayu atau inggeris.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su