Melawat Satun Banner

Border Pass Atau Passport Ke Thailand

```

Border Pass Atau Passport Ke Thailand (Satun, Songkhla, Yala, Pattani & Narathiwat)

Setiap kali nak bercuti ke Thailand, soalan pertama yang selalu bermain di fikiran adalah: "Eh, kena guna passport ke atau cukup sekadar guna Border Pass?"

Kedua-dua dokumen ini sah digunakan untuk memasuki Thailand, tetapi syarat-syaratnya sangat berbeza. Jom kita semak perbezaan antara Border Pass Malaysia dan Passport Antarabangsa untuk panduan travel anda!

📖 Klik di sini: Lokasi Senarai Pejabat Imigresen & UTC Permohonan Border Pass


📌 UPDATE TERBARU 2026
  1. Tempat Menarik Di Pak Bara 2026
  2. Pakej Koh Lipe 2026
  3. Borang TM2 & TM3 (Ringkas & Padat)
  4. Cara Isi TDAC ke Koh Lipe (Langkah demi Langkah)

1. BORDER PASS (MALAYSIA)

Border Pass (Pas Sempadan) direka khas untuk memudahkan penduduk negeri sempadan berulang-alik. Namun, ia mempunyai had zon dan kelayakan yang ketat.

  • Kelayakan Negeri: Hanya untuk penduduk yang lahir atau bermastautin di Perlis, Kedah, Hulu Perak, dan Kelantan sahaja.
    *Penduduk selain daerah Hulu Perak, serta negeri Terengganu, Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, dan Pulau Pinang adalah TIDAK LAYAK.
  • Wilayah yang Boleh Dilawati: Terhad kepada 5 wilayah sempadan Thailand sahaja iaitu Satun, Songkhla, Yala, Pattani, dan Narathiwat.
    *Jika mahu ke Trang, Krabi, Phuket, Koh Samui, Nakhon Si Thammarat atau Bangkok, anda wajib menggunakan Passport.
  • Sifat Pemilik Border Pass Thailand: Peraturan yang sama terpakai, di mana rakyat Thailand pemegang Border Pass hanya dibenarkan berada di negeri-negeri sempadan Malaysia sahaja.
  • Tempoh Sah & Tinggal: Border pass terkini (berwarna biru, bersaiz seperti passport) sah selama 1 tahun dan membenarkan anda tinggal di wilayah sempadan sehingga 30 hari bagi setiap kemasukan.
  • Larangan: Hanya untuk tujuan lawatan/pelancongan. Dilarang keras sama sekali untuk tujuan bekerja.

Syarat-Syarat Permohonan Border Pass:

  • Warganegara yang lahir atau beralamat di negeri sempadan (tertera pada MyKad).
  • Berumur 18 tahun ke atas. Bagi yang di bawah umur, perlu mendapat kebenaran dan hadir bersama ibu bapa.
  • Boleh dipohon di mana-mana Pejabat Imigresen negeri berkenaan atau di Pejabat Imigresen pintu sempadan.
  • Dokumen diperlukan: MyKad asal dan 2 keping gambar berukuran passport (latar belakang putih).
  • Bayaran: RM10.00 sahaja.
  • Status: Tidak diisytihar muflis (Blacklist bank/CTOS/CCRIS tiada masalah, masih boleh memohon).

2. PASSPORT ANTARABANGSA MALAYSIA

Pasport Antarabangsa memberikan kebebasan penuh untuk anda travel ke mana-mana sahaja di Thailand (dan seluruh dunia) kecuali Israel.

  • Kawasan Liputan: Tiada had zon. Boleh ke Bangkok, Chiang Mai, Phuket, Krabi, Koh Samui, dan seluruh ceruk Thailand.
  • Tempoh Tinggal: Dibenarkan tinggal di negara ASEAN tanpa visa tidak lebih daripada 30 hari untuk tujuan pelancongan.
  • Larangan: Tidak dibenarkan menyalahgunakan pasport untuk tujuan lain selain daripada lawatan (cth: bekerja tanpa permit).

Syarat-Syarat Permohonan Pasport Antarabangsa:

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira negeri.
  • Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) atau hadir ke mana-mana Pejabat Imigresen/UTC yang terpilih.
  • Bawah 18 tahun memerlukan kehadiran dan kebenaran ibu bapa/penjaga sah.
  • Dokumen diperlukan: MyKad asal (gambar digital akan diambil terus di kaunter pejabat Imigresen).
  • Status: Mestilah TIDAK diisytihar muflis atau disenaraihitamkan oleh Imigresen/PDRM.
  • Bayaran: Kadar terbaru adalah RM200.00 untuk tempoh sah 5 tahun.

Bandar & Wilayah yang DIBENARKAN vs DILARANG (Guna Border Pass)

✅ Boleh Guna Border Pass ❌ Wajib Guna Passport
WILAYAH SATUN: Satun Town, Jeti Pak Bara, Tanyong Po, Tammalang, Manang, Koh Lipe, & seluruh wilayah Satun.

WILAYAH SONGKHLA: Hat Yai, Dannok, Padang Besar, Sadao, Klong Ngek, Pantai Samila, & seluruh Wilayah Songkhla 
 
WILAYAH PATTANI.

WILAYAH NARATHIWAT 

 WILAYAH YALA:
Tak Bai, Betong, & seluruh daerah dalam dua wilayah ini.
Krabi
Phuket
Trang
Phatthalung
Koh Samui & Koh Phangan
Surat Thani
Segenting Kra
...dan mana-mana wilayah di luar 5 zon sempadan utama.

Rancang Trip ke Thailand Bersama Karlisa Travel!

Dah alang-alang melawat Thailand, apa kata teruskan perjalanan percutian anda dengan tenang. Biar Karlisa Travel uruskan segala keperluan logistik dan penginapan anda sepanjang di Thailand.

Kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh untuk destinasi popular seperti Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, dan Phuket:

  • Tempahan Hotel: Pilihan penginapan terbaik dan selesa mengikut bajet anda.
  • Tempahan Tiket Feri: Pengangkutan bot dan feri terus ke Pulau Koh Lipe tanpa pening kepala.
  • Tempahan Van Sempadan: Perkhidmatan van sewa dari pintu sempadan Wang Kelian atau Padang Besar terus ke destinasi pilihan anda (Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, Phuket).

Urusan Mudah & Pantas! Hubungi kami sekarang:

📲 WhatsApp: +66 83 094 8948
🌐 Layari Web Resmi: www.satunsiam.com

📞 Hubungi Agensi Pelancongan Dipercayai:
KLIK SINI UNTUK HUBUNGI KARLISA TRAVEL PAK BARA SATUN


Koh Bulone CJS SATUN 406
Berenang Bersama Ikan Di Koh Bulone, Pak Bara Satun
Untuk Pakej: SILA KLIK DI SINI

Border Pass Atau Passport Ke Thailand

Border Pass Atau Passport Ke Thailand

Border Pass Atau Passport Ke Thailand
PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

60 comments for "Border Pass Atau Passport Ke Thailand"

Anonymous April 10, 2016 at 10:57 PM Delete Comment
Kalau ibu bapa orang kedah...tapi anak2 dilahirkan di negeri selangor...anak2 boleh buat border jugak atau kena buat pasport?
Anonymous June 6, 2016 at 10:30 AM Delete Comment
Pergi sana baru buat boleh kha?
Unknown October 23, 2016 at 8:13 PM Delete Comment
Boleh
Unknown October 23, 2016 at 8:13 PM Delete Comment
Boleh
Anonymous November 3, 2016 at 9:02 PM Delete Comment
Kalau ic kedah alamat pg boleh buat ke
Anonymous November 6, 2016 at 11:29 AM Delete Comment
Border pass expired january 2017 bulan december 2016 nak pergi thailand border pass tu masih boleh guna ke? Atau kena renew baru?
Unknown November 13, 2016 at 6:29 AM Delete Comment
Border pass boleh diguna berulang2 kali ke dlm setahun atau 1 kali guna shj?
Unknown November 13, 2016 at 6:31 AM Delete Comment
Border pass boleh diguna berulang2 kali ke dlm setahun atau 1 kali guna shj?
likeshine December 8, 2016 at 9:40 AM Delete Comment
assalamualaikum ....

hai... saya bercadang nak pi ke thailand , cadang2 nya nak pi ke hatyai n songkhla...mcm saya ni ada passport yg merah tu , ada kena buat border pass tak kalau mcm tu....saya nak bawak mak ayah n adik2 saya.. kalao mcm depa nak kena buat passport ke atau ckup hanya buat border pass shj...
Anonymous January 2, 2017 at 2:15 AM Delete Comment
Salam,tmpang tnya,sy msuj thailand pakai boader pass n istri pakai pssport..dr malaysia msuk thaild kami cop n bila pulang masuk mlysia kami xcop sb org trlalu rmai smpai bratur pnjang..kami balik mlysia ikut pngkalan haram di golok(naik bot)dah 3bulan boader pass n psport kami msih lg xcop kluar dari thailand..mcmane cara kami nk msuk thailand lepas ni? atau ape kami prlu buat dgn boader pass n psport kami?
Cikgu Joe Satun January 2, 2017 at 10:05 PM Delete Comment
Mereka bagi tempuh sebulan
Sebelum 90hari boleh bayar denda sehari Thb500.
selepas 90hari, tidak dibenarkan masuk Thai, setahun.
Kesalahan Besar tu.
Faraaaa January 4, 2017 at 2:48 AM Delete Comment
Salam tumpang tanya. Kalau ibu orang kedah dan bapa orang kuala kangsar. Anak2 dilahirkan di Selangor. Dan sudah menetap di perak(bukan hulu) selama lebih 10tahun .Boleh ke saya sebagai anak menggunakan borderpass?
Faraaaa January 4, 2017 at 2:51 AM Delete Comment
Danok*
Anonymous February 9, 2017 at 11:44 AM Delete Comment
yg terkini, org penang boleh guna boarder atau passport ?
Unknown February 9, 2017 at 3:24 PM Delete Comment
Tumpang tanya .. Bolehkah saya membuat border pass tp saya berasal dari negeri sembilan .. Menetap di kedah lebih 3 tahun
Anonymous February 11, 2017 at 2:59 PM Delete Comment
Kalau pergi koh phiphi, krabi, phuket dan koh samui boleh guna border pass tak?
Unknown February 17, 2017 at 11:03 PM Delete Comment
Boleh ke mohon untuk border pass ni dulu. Bukan ke dulu dah dimansuhkan. Dah lama tak balik kampung sedih la. Saya pemastautin tetap. Kat pejabat mana eh kalau boleh buat?
Anonymous March 11, 2017 at 5:31 AM Delete Comment
Kalau sudah pindah lebih 3 tahun tinggaldi sungai petani blh ke
Anonymous March 11, 2017 at 5:34 AM Delete Comment
Kalau saya orang selangor sekarang pindah mai sungai petani sudah 3 thn lalu
Anonymous March 13, 2017 at 6:53 PM Delete Comment
Border pass taman 25 mac2017.. bole masuk sempadan lagi tak sblm tarikj tu?
Unknown March 19, 2017 at 7:45 PM Delete Comment
Assalamualaikum.. sy ada masalah.. sy berkahwin di narathiwat.. sy nk ke sana utk dptkn surat consulat utk pendaftaran nikah di malaysia.. masalahnya sy xboleh keluar sebab ada blcklist dengan imigresen.. jadi bagaimana sy nk ke narathiwat utk pendaftaran nikah sy..
Anonymous March 28, 2017 at 2:34 PM Delete Comment
kalau blacklist ptptn boleh tak buat border pass
Unknown April 19, 2017 at 4:05 AM Delete Comment
Salam,saya pon ada masalah yg sama,semasa keluar dari thailand ke malaysia,pastport saya tidak dicop keluar,jadi ap tindakan saya perlu lakukan.saya tidak boleh masuk ke thailand lg ke selepas ini,?nama saya blacklist ke di imigresen?
Unknown April 22, 2017 at 10:31 AM Delete Comment
Sy terlewat cop keluar dr thai sehari.kena denda brapa rm?
Unknown April 22, 2017 at 10:32 AM Delete Comment
Sy terlewat cop keluar dr thailand sehari.brape rm kena denda?
Anonymous April 28, 2017 at 11:06 AM Delete Comment
saya lahir d kedah , mnetap d slangor n alamt ic pun selangor, boleh ka buat boerder pass?
Anonymous May 25, 2017 at 7:39 PM Delete Comment
Saya Ada passport , boleh buat border pass
Unknown August 16, 2017 at 11:08 AM Delete Comment
assalamualaikum..tumpng tnye 2017 boader pass blh buat lg ke bg yang ic alamat lenggong.perak
Anonymous August 17, 2017 at 2:05 PM Delete Comment
saya nak tanya, kalau sy lahir di kedah tpi alamat dalam ic alamat penang boleh ke masuk pakai border pass ?
Unknown December 3, 2017 at 6:07 AM Delete Comment
Adakah anda fikir mendapat pinjaman? Anda serius memerlukan pinjaman segera untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda dalam hutang? Ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda, kami memberi pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman korporat dan semua jenis pinjaman dengan faedah 2% untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui e-mel (trabadovillaspin@gmail.com)
Unknown December 3, 2017 at 6:08 AM Delete Comment
Adakah anda fikir mendapat pinjaman? Anda serius memerlukan pinjaman segera untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda dalam hutang? Ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda, kami memberi pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pinjaman korporat dan semua jenis pinjaman dengan faedah 2% untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui e-mel (trabadovillaspin@gmail.com)
Anonymous February 5, 2018 at 1:37 PM Delete Comment
nak tny, kalo sy dari kelantan, nek ke hatyai perlu passport/ boarder pass? dan passport dpt x bg y blacklist ptptn?
Unknown February 20, 2018 at 1:59 PM Delete Comment
saya lahir dibaling,alamt ic kedah jdi kalau saya pegi sana boleb pakai boder pas ka?sb saya blacklist ptptn huhuhu
Unknown February 20, 2018 at 2:00 PM Delete Comment
sorry,saya lahir di baling,alamt ic selangor sb kerja disini,dan saya blaclist ptptn boleh ke pakai bolder pas???
Marishanmy April 30, 2018 at 5:32 AM Delete Comment
Kalau nk pergi bangkok boleh pakai border pass tak?
Anonymous May 24, 2018 at 1:40 PM Delete Comment
Assalamualaikum...sya berasal dr taiping perak dn ingin melawati thailand tp pasport sya dh beberapa tahun hilang dn blh kee sya memasuki thailand menggunakan boader pas..
Anonymous May 24, 2018 at 1:43 PM Delete Comment
Hai dn sya berasal dri taiping perak ingin melawati negara thailand tp pasport sya dh beberapa tahun hilang dn juga tamat tempoh...blh kee sya mnggunakan boarder pass dn klau blh brape kos yg sya perlu byr dn selain apa2 dokumen yg perlu sya bwa...
Anonymous May 24, 2018 at 1:47 PM Delete Comment
Hai dn sya berasal dri taiping perak ingin melawati negara thailand tp pasport sya dh beberapa tahun hilang dn juga tamat tempoh...blh kee sya mnggunakan boarder pass dn klau blh brape kos yg sya perlu byr dn selain apa2 dokumen yg perlu sya bwa...
Anonymous May 25, 2018 at 1:40 PM Delete Comment
assalamualaikum saya ada pertanyaan...saya bernkah di thailan dan saya x pasti saya bernikah kat masjit mna dan saya ada masalah sekarang..macam mna saya nak bercerai sekiranya saya ada masalah
Unknown July 3, 2018 at 10:01 AM Delete Comment
assalamualaikum... sy lahir di perak daerah tapah... boleh ke sy memohon border pass?
Anonymous July 15, 2018 at 10:06 AM Delete Comment
Mcm mana nk buat border pass sekali ngan ank2....sbb mak dia org pattani thailand
Unknown July 20, 2018 at 3:59 PM Delete Comment
saya nak tanya no ic negeri perak tapi alamat pulau pinang boleh x buat border pass.kat imigeresen pulau pinang pasai apa x boleh buat border pass
Unknown August 19, 2018 at 5:13 PM Delete Comment
asalamualaikum..sy bernikah di songkla..sekarang sy mahu menuntut cerai fasakh bagaimana harus sy masuk ke songkla sedangkan sy tinggai di seberang perai tetapi di lahirkan di kedah..
rasidi baharom September 14, 2018 at 8:00 PM Delete Comment
Terlupa nak cop...tarikh dah lebih...nak buat macam mana...
Anonymous September 22, 2018 at 3:39 PM Delete Comment
Anak² bawah 12 tahun boleh masukkkan dlm border pass parent seramai 8 org bleh..13 thn keatas kena buat border pass sendiri
Unknown September 26, 2018 at 4:29 PM Delete Comment
Kalau saya alamat kelantan tapi nak buat border pas masuk hatyai,boleh ke? Ikut bukit kayu hitam
Anonymous October 3, 2018 at 10:41 PM Delete Comment
perlis ke kelantan melalui thailand bleh pkai border tak?
Anonymous October 3, 2018 at 10:42 PM Delete Comment
perlis ke kelantan melalui thailand boleh pakai border tak?
Unknown November 3, 2018 at 1:31 PM Delete Comment
Saya dah ada passport tp x tamat tempoh tp nak buat border pass.. boleh ke
Unknown November 21, 2018 at 9:29 AM Delete Comment
Jika lahir di kelantan, dan nak masuk ke thailand melalui padang besar, masih blh gunakan border pass ke?
Unknown December 10, 2018 at 12:01 AM Delete Comment
Klu menetap di kl,dan hendak pergi ke thailand,boleh ke guna border pass
Unknown January 16, 2019 at 8:05 PM Delete Comment
Barapa lama kakau buat border pas siap biasanya
Unknown January 21, 2019 at 8:41 AM Delete Comment
Selamat pg.. .Saya mohon pencerahan jelas... .Saya bawa masuk kereta ke songla,, saya asal kelantan.. Saya pemilik kereta dan geran ori ada.. Saya hanya buat border pas... Boleh ke @ perlu buat pasport
Unknown May 28, 2019 at 4:11 PM Delete Comment
Border pass kedah pergi yala thailand boleh tak ??
Unknown August 4, 2019 at 11:48 PM Delete Comment
Umur berapa bleh buat border pass
Unknown August 10, 2019 at 2:38 AM Delete Comment
Assalamualaikum... (Lelaki)Saya orang Jertih Besut Sempadang kelantan nk berkawin dengan (perempuan)Orang SONGKHLA THAILAND.. yang sepatutnya saya kena buat apa ye???
Unknown August 22, 2019 at 8:40 AM Delete Comment
Kalaw nk p hatyai border pass ka passport.??
Unknown November 4, 2019 at 8:06 PM Delete Comment
I nak minta Tanya jikalau saya dah kena bankrap bank boder pass boleh buat tak saya ini org kedah
Unknown December 4, 2019 at 8:22 PM Delete Comment
mcm mna pulak kalau saya mnetap di perlis lebih dari setahun . ttapi alamat di ic masih alamat negeri sembilan . kod 05 . bolehka saya mmbuat borderpass sempadan?
Unknown December 29, 2019 at 6:20 PM Delete Comment
Saya orang perak, lahir perak beristeri orang perlis tetapi ic beralamat perlis ... Boleh kah buat border pass
WhatsApp Karlisa Travel